TAJUK:BAHAN BANTU MENGAJAR
Setiap rakyat Malaysia secara purata membuang 0.8 kilogram sampah setiap hari. Negara kita menghasilkan sekitar 15,000 tan sampah setiap hari yang cukup untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur dalam jangka masa sembilan setengah hari sahaja.Negara kita mempunyai 230 tapak pelupusan sampah dan jangka hayat tapak ini akan berakhir tidak lama lagi. Aktiviti kitar semula dikenal pasti sebagai salah satu cara paling berkesan mengurangkan jumlah sampah sisa pepejal ke tapak pelupusan dan meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut.Kitar semula juga mengubah sisa menjadi sumber bernilai, mengurangkan penggunaan bahan semula jadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.Selain dapat mengurangkan jumlah sampah ke tapak pelupusan, kita juga dapat menukarkan sampah itu ke dalam bentuk tunai yang sedikit sebanyak dapat meningkatkan pendapatan peribadi.
Oleh itu, saya memilih menghasilkan kraft daripada bahan terpakai menggunakan kotak dan pembalut makanan ringan untuk dijadikan tempat pelajar menyimpan alat tulis. Idea ini terhasil apabila saya memerhati pelajar sering terlewat datang ke sekolah kerana mencari-cari alat tulis mereka yang disimpan merata-rata tempat.Dengan terhasilnya kraft ini masalah pelajar dapat diselesaikan
kebaikan
- Ringan
- Menggunakan kos yang rendah
- Bahan senang didapati
- Mesra alam
keburukan
- Mudah koyak
- Tidak kalis air
BAHAN-BAHAN
KOTAK
GAM
PEMBALUT BEKAS MAKANAN RINGAN
KOTAK YANG DIGUNTING
PEMBALUT HADIAH
GUNTING
No comments:
Post a Comment